Klik-klik la ~My Nuffnang

Tuesday 30 October 2012

Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu - Negeri Selangor

Melalui pelaksanaan Elektronik Sistem Pengurusan Penempatan Murid (eSPPSel) operasi Permohonan dan Penempatan Murid Tahun Satu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dilaksanakan melalui aplikasi atas talian (online) 

Ibu bapa / penjaga boleh membuat Permohonan Pendaftaran Kemasukan ke Tahun Satu  melalui komputer yang mempunyai akses internet. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan pertolongan pihak sekolah di pohon sekiranya tidak mempunyai kemudahan tersebut. Pihak  sekolah perlu menyemak dan mengesahkan Permohonan tersebut berdasarkan maklumat dari beberapa dokumen asal yang perlu dikemukakan. Data dan rumusan pendaftaran murid akan dihantar ke pangkalan data sistem melalui aplikasi tersebut. 


Jawatankuasa Penempatan Murid di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNSel) akan bersidang bagi mengesan jumlah permohoanan setiap sekolah dan melaksanakan proses penempatan murid. Keputusan penempatan tersebut boleh disemak oleh sekolah dan ibu bapa atau penjaga melalui aplikasi atas talian yang disediakan. Surat penempatan juga boleh dicetak daripada sistem tersebut. Sekiranya ada keperluan rayuan penempatan, sistem ini juga menyediakan kemudahan rayuan dan menyediakan jawapan keputusan rayuan mengikut mengikut jadual dan tarikh yang ditetapkan mengikut peringkat dan proses yang berkaitan.


Sistem ini disediakan dengan tujuan untuk:-

  • Meningkatkan kecekapan pengurusan penempatan murid di peringkat sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran  Selangor.
  • Menjimatkan masa pengurusan penempatan murid walaupun melibatkan bilangan murid yang besar jumlahnya.
  • Mengurangkan kos operasi melalui penjimatan penggunaan  kertas, sampul surat, setem, dakwat pencetak dan LAIN-LAIN yang berkaitan.
  • Mengelakkan kesesakan kerana kehadiran terlalu ramai pelanggan ke PPD dan JPNSel untuk urusan membuat rayuan dan menyemak keputusan penempatan.
  • Memudahkan carian dan semakan maklumat serta status Permohonan penempatan, carian rekod murid dan rumusan penempatan di peringkat sekolah, PPD dan Jabatan Pelajaran Selangor.
    MODUL DALAM APLIKASI ESPP SELANGOR
    NAMA MODUL
    KETERANGAN RINGKAS
    CATATAN

    Permohonan (murid)

    Membolehkan Permohonan dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line) oleh ibu/bapa penjaga dan pihak sekolah
    • Pemohon dikehendaki mencetak maklumat Permohonan serta menyediakan dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan
    Ibu bapa/ Penjaga boleh membuat semakan kronologi dan status  Permohonan secara online melalui modul semakan status permohonan.

    Ibu/bapa Penjaga
    Sekolah Rendah
    Pengesahan Permohonan
    • Ibu bapa / penjaga perlu membuat pengesahan maklumaat permohonan di sekolah yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan dibuat dengan membawa dokumen sokongan diperlukan seperti terkandung dalam senarai semakan.
    • Pihak pentadbiran sekolah akan menyemak dokumen dan membuat perakuan serta pengesahan maklumat Permohonan Pendaftaran tersebut.
    • Perakuan Permohonan Pendaftaran Tahun Satu boleh dicetak untuk rujukan penjaga dan salinan sekolah.
    • Proses perakuan Permohonan Sesi Persekolahan 2012 perlu diselesaikan sehingga 15 Mei 2012 oleh pihak sekolah untuk membolehkan keperluan penempatan murid dapat dikenalpasti.
    Pihak sekolah perlu mencetak dan mengesahkan Analisa  Permohonan Pendaftaran murid dan menghantar dokumen tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah.
    Sistem akan mengesan Permohonan yang tidak lagi disahkan  sebagai panduan dan tindakan susulan pihak sekolah.
    Ibu/bapa Penjaga
    Sekolah Rendah
    Penempatan Tahun Satu
    Sistem akan mencadangkan cadangan penempatan berdasarkan beberapa kriteria seperti berikut:-
    • Jarak rumah pemohon ke sekolah.
    • Abang/kakak belajar di sekolah tersebut.
    • Menjalani Prasekolah di sekolah dipohon.
    • Lain-lain mengikut keperluan kes.
    Jawatankuasa Penempatan Murid Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan memutuskan penempatan murid agar setiap diberi penempatan.

    Keputusan penempatan Tahun 1/2013 boleh disemak dan dicetak oleh ibu bapa dan pihak sekolah melalui sistem selepas 16 Julai 2012.
    Panel Penempatan PPD/JPN
    Sekolah Rendah


    Pengesahan Penempatan
    Ibu bapa / penjaga perlu membuat pengesahan kemasukan ke sekolah ditempatkan mulai 01 – 30 Ogos 2012 bagi tujuan penyediaan prasarana pembelajaran dan penyediaan budget.

    Pihak sekolah perlu merekodkan pengesahan ibu bapa/ penjaga ke dalam sistem sehingga 30 Ogos 2012 dan mengesan ibu bapa yang tidak mengesahkan penempatan anak mereka.
    Ibu bapa / Penjaga
    Rayuan Penempatan
    Pemohon yang gagal ditempatkan di sekolah yang dipohon boleh membuat rayuan secara online
    • Sistem akan membuka akses untuk Permohonan Rayuan Penempatan Tahun Satu kepada pemohon yang tidak ditempatkan di sekolah dipohon sahaja.
    • Rayuan perlu di pohon pada jangkamasa yang ditetapkan (01 hingga 30 September 2012)
    • Pemohon perlu membuat pengesahan penempatan terlebih dahulu sebelum membuat rayuan melalui guru besar sekolah ditempatkan.
    • Perayu dikehendaki mencetak maklumat Permohonan Rayuan serta menyertakan  dokumen yang diperlukan semasa hendak membuat pengesahan rayuan.
    • Pengesahan rayuan dibuat di sekolah yang ditempatkan.
    Pengesahan Rayuan Penempatan
    • Guru Besar sekolah penempatan asal perlu menyemak dan memperakukan permohonan  rayuan tersebut melalui modul pengesahan rayuan yang  disediakan.
    • Pihak sekolah boleh menyemak dan mengeluarkan perakuan Permohonan rayuan penempatan. Ibu bapa boleh menyemak status rayuan melalui sistem.
     Sistem akan mengesan Permohonan rayuan untuk tindakan pertimbangan
     Guru Besar /
    Penolong Kanan (HEM)
    Keputusan Penempatan Rayuan
    Jawatankuasa Rayuan Penempatan di PPD/ JPN akan bersidang dan membuat keputusan terhadap rayuan tersebut.
    Sistem akan mengesan Permohonan rayuan yang tidak diberi keputusan.
    Keputusan rayuan dan senarai penempatan murid rayuan boleh disemak dan dicetak oleh pihak sekolah. 
    Keputusan Rayuan Penempatan Tahun 2013  juga boleh disemak oleh ibu bapa / penjaga selepas 15 November 2012. Tiada rayuan kedua.

    Ibu bapa /penjaga perlu membuat persediaan kemasukan anak ke sekolah dan mendapatkan maklumat Orentasi Murid Tahun Satu selepas keputusan rayuan diterima.
    PPD/JPN
    Pengesahan Murid Tahun 1 Melapor Diri
    Sekolah perlu mengesahkan murid yang melapor diri mulai hari pertama persekolahan melalui modul Murid Melapor Diri.

    Sistem akan mengesan murid yang tidak melapor diri dan menyenaraikan sebagai Murid Tidak Melapor Diri/Murid Cicir selepas 14 hari persekolahan.

    Sekolah perlu melaksanakan tindakan susulan menyiasat murid tidak melapor diri dan  melaksanakan tindakan menyelamatkan Murid Cicir berasaskan panduan Pendidikan Wajib seperti terkandung dalam SPI Bil.14/2002.
    Sila cetak halaman ini jika perlu untuk rujukan.      

    No comments:

    Post a Comment