Klik-klik la ~My Nuffnang

Thursday 25 October 2012

Interracial Marriage

Sejauh mana pun  saya mengatakan tidak pada dia pada mulanya...akhirnya  kami kini bersama sebagai suami isteri.. Interracial marriage bukanlah perkara asing dalam family saya.my late grandpa - my late mom's father is Yemanise. Dan dikalangan our coursin pun kebanyakannya interracial marriage, ada Philiphine, Indonesian and european. Yang kawin ngan Malaysian'sChinese n Indian pun ada juga. Tambahan pulak diorang pun ada yang adopt anak2 dari bangsa lain.. So mcm2 colour dalam our big family..

Tapi, masa hubby tengah propose, my parent betul2 menentang..depa kata , nak kawin dgn bangsa apa pun boleh tapi bukan Black..masa tu dia tak panggil black tapi Negro... My late mom mennangis hampir setiap hari untuk menunjukkan betapa dia tak mahu hubby menjadi menantu dia..setiap hari mom akan call dan tanya " how's its?" nak kawin juga ker? Kelu lidah nak menyatakan apa-apa...

Ayah pula "mengrekmen" kan beberapa senarai calon sebagai pengganti...semuanya saya tolak dan berdiam diri..mungkin masa tu tengah angau jugak dan memikirkan hampir 30's so baik lah terima hubby sebagai my soulmate.

Mom kata zaman sekarang ni kalau perempuan x kawin pun x apa... Dia beria - ia x mau saya mendirikan rumahtangga..dulu masa nak kerja di Dubai pun seboleh boleh dia x bagi...kata x payah kerja pun x apa....my late mommy memang mcm tu...paling sedih dia kata katphone masa suatu pagi tu " ma sayang tau, tu ma x nak Ina buat keputusan salah" Hati naluri seorang ibu yang melahirkan kita...begitu menyayangi kita...memberikan yang terbaik sedaya upaya dirinya...

Di waktu hubby pertama ke rumah, mom cuma berdiam diri, membatu, duduk di sudut tanpa berkata apa apa. Tidak juga mengukirkan senyuman untuk hubby. Ayah lebih banyak menentang dan tidak memberikan apa- apa jawapan buat hubby...but he said, if this is your destiny, i will accept it"...

Ma kata orang H.I.T.A.M ni tak bertamadun... Mama kan orang arab, mana dia suka semua ni. 

Saya buat entri ni sebab saya rindu ngan ma saya! Lakukan lah sesuatu yang menyenangkan hati kedua ibu bapa kita ... Lagi dua hari adalah ulang tahun permergian arwah ma yang kelima... Ma pergi sewaktu hari raya haji ketiga 2007... Setelah 21 hari hubby proposed saya di hadapan ma dan ayah untuk menjadi isteri dia....May Allah gives you Jannah, mommy.....tak dapat ku teruskan entri ni, airmata menitik nitik mengingatkan dirinya......terlalu rindu dengan Ma...terlalu rasa bersalah ngan Ma..melukan hati Ma....

No comments:

Post a Comment