Klik-klik la ~My Nuffnang

Friday 2 November 2012

Pesan-pesanan untuk mentarbiahkan diri

Teringat pesan seorang ustaz

Siapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi - alHadith

Terkadang, bila kita buat satu-satu benda tu, semacam tak menjadi. Ada sahaja benda yang menghalang, ada sahaja benda yang rosak, tak cukup bara

ng dan sebagainya.

Justeru, mari kita periksa diri kita, adakah diri kita sudah cukup dengan kasih sayang? Kasih sayang bukan sahaja pada manusia, sebaliknya juga pada haiwan bahkan benda!

Kalau anda seorang tukang taip, menaiplah dengan penuh kasih sayang.
Kalau anda membelanjakan duit, berbelanjalah dengan penuh kasih sayang.
Kalau anda berniaga, layanlah pelanggan anda dengan penuh kasih sayang.
Jawab soalan mereka dengan penuh kasih sayang.

Tersangkut dalam jem pun, kita layan juga, dengan penuh kasih sayang. :)

Apatah lagi, dengan anak-anak, isteri, mak ayah, adik beradik, kawan-kawan bahkan musuh, kita layan mereka dengan penuh kasih sayang.

Kasih sayang tidak bererti, beri apa sahaja. Sebagai contoh, Islam mengajar kita menyebelih ayam dengan penuh kasih sayang.
Guna pisau yang tajam,
Membaca basmallah, satu kalimah yang amat mulia.
Mengadap kiblat, dan lain-lain.

Wallahua'alam.
ps : kalau anda komen post ni, komenlah dengan penuh kasih sayang ye :)
terima kasih

No comments:

Post a Comment