Klik-klik la ~My Nuffnang

Friday, 11 January 2013

Berkhatan / bersunat

La ni sibut mencari sana - sini klinik untuk berkhatan utk si Kwasi. Aduh..berdebuk bila mendengar harga yang diberikan.

Jadi buat parent yang nak tahu senarai harga boleh lah selak2 kat sini. So ada la call tanya kat KPMC Bandar Puteri, Puchong, Klinik Dr Hamid Arshad, Hospital Pusparawi, Klinik MyMedic Puchong.

Tanya la kalau bius setempat (LA) or bius penuh (GA) harga berapa... Bius setempat , anak kita tu akan sedar & nampak apa yang doctor tu buat kat dia...haha, budak dah besar mungkin berani la..harga pun murah jer dalam RM150-RM400 ( harga untuk budak 5 tahun hingga 12 tahun ) lagi besar lagi mahal woooo.. Kalau bius penuh (GA) budak tu tak sedar, kira tido la tu) so tak der la adegen nak bertarung macam ultraman ngan anak kita tu...harganya pulak dalam RM850-RM1500

Pilih ikut kemampuan dan juga kepentingan anak kita..

KPMC Bandar Puteri, Puchong
KHATAN LA RM400
KHATAN GA RM1500
Di buka pada hari Jumaat sahaja perkhidmatan berkhatan ini pada pukul 4:00 - 6:00 petang.
No tel :03-80624073



Klinik Dr Hamid Arshad, Medan Damansara
Klinik ini dimiliki oleh Doctor Perbidanan yang terulung di Malaysia Iaitu, Prof.Dato Dr. Haji Hamid
Arshad . Pembedahan dilakukan oleh anak Dato Dr. Hj. Hamid Arshad.
KHATAN Bayi Lelaki sehingga umur 3 bulan RM250
KHATAN GA umur 5 tahun ke atas harga RM900
KHATAN LA RM700
No.tel: 03-20945800



Hospital Pusparawi:
PAKEJ PROSEDUR HARGA DEPOSIT
KHATAN LA (Bius Setempat )
PAKAR RM 390
RM 100
KHATAN GA ( Bius Tidur )
PAKAR RM 690
RM 100
KHATAN LA + SMART-CLAMP
PAKAR RM 450 RM 100
KHATAN GA + SMART-CLAMP
PAKAR RM 750
RM 100

Nota:
Pakej mulai 10.11.2012 - 31.12.2012

Pakej ditawarkan kepada kanak-kanak dari 7 tahun - 15 tahun sahaja.

Tertakluk Di Bawah Terma & Syarat

Untuk Pendaftaran Dan Sebarang Pertanyaan sila hubungi Kaunter Informasi Lobi Aras 1, talian 03-26875017 @ 03-2687 5000 samb. 5017 / 5018




FAQ : BERKHATAN

PENGERTIAN BERKHATAN

Berkhatan ialah prosedur membuang lebihan kulit di bahagian alat sulit samada lelaki atau wanita. Ia bertujuan 'membersihakan' kawasan tersebut dari kuman dan sebarang jangkitan.

KENAPA PERLU BERKHATAN

Islam menwajibkan khatan bagi lelaki manakala hukumnyya sunat bagi wanita. Di sudut saintifik ia bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman bahkan dapat menghindari penyakit kelamin.

BAGAIMANA BERKHATAN DILAKUKAN

Jika dahulu ia dilakukan secara tradisional oleh Tok Mudim, Kini berkhatan dilakukan oleh doktor-doktor di klinik atau hospital. Teknologi moden lebih mudah, bersih dan cepat.

PERINGKAT UMUR DAN PERBEZAAN PROSEDUR

Berkahatan disunatkan pada umur 7 hari hingga mencecah umur baligh (10 -15 tahun ). Tiada batas umur bagi peringkat dewasa atau bukan Islam. Prosedur berkhatan adalah sama pada kanak-kanak mahu pun dewasa. Apa yang berbeza ialah teknik dan alat berkhatan yang digunakan.


PROSEDUR YANG SELAMAT DAN PENJAGAAN BERKESAn

Sila pastikan anda mendapat info dan nasihat penjagaan selepas berkhatan dari petugas di kaunter klinik selepas proses berkhatan.



Thursday, 10 January 2013

Potty Training

MELATIH ANAK MENGUNAKAN TANDAS [SELAMAT TINGGAL LAMPIN]
by Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim on Saturday, April 14, 2012 at 8:39am ·
Bagaimana dan bila masanya untuk melatih anak menggunakan tandas
Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik

Tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa bayi sememangnya comel, daripada pipi mereka yang montel hingga ke jari-jarinya yang kecil. Apabila anda melihat tumbesaran yang pantas pada bayi anda yang berumur tiga bulan, anda mungkin teringin agar ianya kekal lebih lama sedikit sebagai bayi-tetapi hanya jika anda tidak perlu menukar lampinnya buat masa yang lebih lama lagi! Ini adalah satu-satunya perkara yang ibu bapa sebulat suara ingin mengatasi dengan lebih awal lagi, supaya bebas daripada kotoran najis bayi dan kebosanan kerana kerap menukar lampin. Ini tidak termasuk kos lampin pakai buang yang semakin meningkat.
Bila masanya untuk mula melatih anak anda menggunakan tandas


Tidak ada umur yang tertentu untuk melatih anak menggunakan tandas. Sesetengah budaya memulakannya pada peringkat umur yang sangat awal, terdapat juga yang bermula seawal-awal beberapa minggu selepas lahir. Untuk kebanyakan orang, terutamanya di Barat, melatih anak menggunakan tandas biasanya bermula apabila anak itu menunjukkan tanda-tanda bahawa dia sudah bersedia. Ini mungkin pada bila-bila masa di antara 18 bulan dan tiga tahun.

Bagaimana saya tahu bahawa anak saya sudah bersedia untuk dilatih tandas?

Anda boleh mula melatih anak anda menggunakan tandas sebaik sahaja dia mampu duduk di atas bekas. Ini boleh dilakukan pada waktu mandi. Jika dia sudah bersedia, dia akan ingin duduk di atas tandas sehinggalah dia dapat mengeluarkan air kencing; sebaliknya, dia mungkin juga akan duduk beberapa saat sahaja, ataupun tidak ingin duduk langsung. Sekiranya dia tidak menunjukkan minat untuk duduk diatas tandas, usahlah memaksa; sebaliknya cuba sekali lagi pada hari lain.

Tanda-tanda sudah bersedia termasuk:
Kebolehan untuk memberitahu bahawa dia telah mengotorkan lampinnya. Secara umum, kanakkanak belajar untuk membuang air besar di dalam tandas sebelum membuang air kecil. Lagi memudahkan ialah jika mereka adalah jenis yang tidak tahan dengan bau busuk dan najis di dalam lampin mereka.

Perubahan raut muka, terutamanya sebelum buang air besar. Ini membolehkan anda melatih dia duduk di tandas dengan lebih awal lagi.

Kebolehan untuk mengekalkan lampin kering selama beberapa jam. Ini menunjukkan pundi kencing dapat dikawal dengan lebih baik dan membolehkan anda mengaturkan masa untuk membawanya ke tandas.

Kebolehan untuk memberitahu keinginannya secara bercakap atau menunjuk dengan jari.
Peralatan untuk melatih anak menggunakan tandas Jika dibandingkan dengan perkakas yang anda perlukan untuk menukar lampin, barang keperluan untuk melatih anak anda menggunakan tandas adalah ringkas:
Tandas mudahalih plastik yang ringan dan boleh dibasuh. Pastikan tiada bahan tajam, contohnya bekas mengacu di tepi bingkai yang boleh mencederakan bayi.
Kertas tandas dan tuala kertas
Alas tilam yang boleh menyerap
Air
Kesabaran

Bahagian 1:

Ini Adalah Tandas

Sebelum mengajar anak anda bagaimana dan bila masanya untuk menggunakan tandas, terlebih dahulu anda perlu memperkenalkannya kepada anak anda. Biasakan anak anda dengan tandas dengan meletakkannya di bilik air dan membenarkannya duduk diatas tandas itu beberapa kali sehari. Biarkan dia duduk di atasnya dengan memakai lampin dan seluar supaya dia berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Bahagian 2:

Apakah Fungsi Tandas


Beritahu anak anda kegunaan tandas dan berikan dia galakan untuk menggunakannya. Perhatikan tandatanda yang menunjukkan bahawa dia ingin buang air, kerana kemungkinan dia tidak sedar lagi bahawa sepatutnya menggunakan tandas. Lebihkan perhatian terutamanya selepas makan, minum dan tidur. Setiap kali dia menggunakan tandas, bantulah dia untuk duduk dengan betul supaya zakar atau kemaluannya masuk ke dalam dan tidak tersasar.

Bahagian 3:

Tidak Mengapa Jika Membuat Kesilapan

Janganlah marah atau berleter jika dia terkencing atau terbuang air besar merata-rata. Dia tidak lakukan kerana ingkar, dia hanya tidak faham dengan konsep baru itu. Bersihkan secepat mungkin, dan nasihatinya dengan lembut supaya menggunakan tandas pada masa yang akan datang. Bersabar dan ulanginya sebanyak yang mungkin sehingga dia ingat. Jika anda tidak ingin dia mengotori seluarnya pada peringkat ini, tetapi tidak juga mahu dia bergantung pada lampin, maka belilah seluar pakai buang yang boleh menyerap (seperti lampin pakai buang yang mempunyai cerut di bahagian pinggang) atau biar sahaja dia tidak pakai apaapa. Pilihan pertama lebih sesuai sekiranya anda menjemput tetamu kerumah!

Bahagian 4:

‘Sekarang’ Tidak Bermaksud ‘Sekarang Juga’

Jika dia duduk di atas tandas dengan senang hati, tetapi lantas bangun tanpa membuat apa-apa, galakkan dia untuk duduk dengan lebih lama lagi. Lima minit sepatutnya mencukupi bagi anda mengagak sama ada dia melengahlengah atau sememangnya dia tidak terasa hendak buang air. Sekiranya dia hendak bangun dan bermain, berikan dia alat mainan atau berbual-bual dengannya supaya dia tidak berasa bosan. Jika selepas beberapa minit tiada apa-apa berlaku, biarkan dia bangun dari situ dan pastikan dalam masa setengah jam kemudian sama ada dia perlu menggunakan tandas atau tidak.
Bahagian 5:

Apabila Dia Melakukannya Dengan Betul

Anda pasti gembira apabila anak anda berjaya menggunakan tandas dengan betul. Tunjukkan kegembiraan anda kepada anak anda dengan kata-kata pujian dan ciuman. Biarkan dia menyambung apa yang dia sedang bermain sebelum menggunakan tandas selepas anda menyucinya. Kegembiraan anda akan mendorongnya untuk terus menggunakan tandas dengan betul.

Jika ia Tidak Menjadi

Anda mungkin dapati anak anda tidak sempat duduk tandas, atau lupa sama sekali kegunaannya. Dalam kes seperti ini, lebih baik anda pakaikan semula lampin untuk seminggu dua sebelum mencubanya sekali lagi.
Kekal kering Pada Waktu Malam

Apabila anak anda berjaya menggunakan tandas pada siang hari, dan tidak membasahi lampinnya pada waktu malam selama tujuh malam berturut-turut, anda boleh cuba menanggalkan lampin pada malam hari. Sesetengah orang menganjurkan anak mereka untuk tidur dengan tidak memakai apa-apa di bahagian bawah pada tahap ini, supaya dia akan sedar jika dia perlu ke tandas untuk membuang air kecil. Jika anda kurang selesa dengan cara ini tetapi inginkan anak tidur tanpa lampin, anda boleh memberinya seluar pakai buang. Ia merupakan kombinasi di antara seluar dalam dan lampin. Ini akan memberi mereka perasaan bagaikan memakai seluar dalam seperti orang dewasa, dan keselamatan seperti lampin.

Akhir sekali, elakkan daripada membanding anak anda dengan anak-anak yang lain, terutamanya di hadapan mereka. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbezabeza; berkat kesabaran dan galakkan, anak anda juga akan berjaya menikmati hidup tanpa lampin.

Like · · Share
45 people like this.
30 shares

Anak Kita Hyperaktif atau Cuma Aktif

Ni saya nak share sikit info yang berguna untuk parents di luar sana....
Credit to "fb Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim"


Anak Kita Hyperaktif Atau Cuma Aktif
by Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim on Monday, September 10, 2012 at 6:54pm ·

by Prof. Dr. Rozieta Shaary
Hari ini saya ingin menulis sebuah pengalaman mengenai anak yang HYPER-ACTIVE.

Beberapa tahun yang lalu saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang ibu. Dia mengatakan bahawa dia mendapat nombor saya daripada halaman saya di dalam Mingguan Wanita. Dia mula bercerita akan resah hatinya.

Katanya, dia ada mempunyai seorang anak yang berusia 7 tahun di dalam darjah satu dan mengikutnya anak ini tersangat aktif, malah mengikutnya anak ini hyper-aktif. Guru kelaspun mengatakan anaknya hyper-aktif. Oleh kerana risau akan anaknya itu dia telah membawa anaknya berjumpa doktor. Doktor pun mengatakan anaknya hyper-active dan memberi ubat untuk mengurangkan keaktifan anaknya itu.

Saya tertanya pula di dalam hati saya mengapa dia menghubungi saya jika dia telah berjumpa doktor dan disahkan oleh doktor sebagai hyper-active. Kata beliau, mengikut doktor, jika ubat itu diambil berterusan akan memberi kesan buruk kepada anaknya.

Lama juga saya bercakap di dalam telefon itu dengannya. Ceritanya berulang-ulang. Yalah, dia serba salah, hendak dibiar, anak itu terlalu aktif. Hendak diberi makan ubat, kata doktor ada kesan buruk pada jangka panjang. Kesian mendengarkan resah hatinya itu, saya menawarkan diri untuk berjumpa anaknya. Tapi dengan syarat anaknya itu tidak diberi ubat itu untuk satu hari sebelum dibawa berjumpa saya. Saya ingin lihat sejauh mana hyper-activenya anak itu.
Hendak dipendekkan cerita, hari saya berjumpa anak itu, saya suruh ibunya membiar anaknya bermain di sekitar tempat kami berbual. Suami beliaupun ada bersama. Si ibu dengan penuh prihatin menceritakan perihal anaknya. Sambil mendengar luahan hati si ibu, saya mengikuti pergerakan si anak lelaki 7 tahun itu dengan ekor mata saya.

Setelah lebih kurang setengah jam bersembang, saya bertanya si ibu adakah dia memberi anaknya makan ubat dalam masa 24 jam sebelum berjumpa saya. Si ibu berkata tidak. Mengapa saya bertanya begitu. Kerana apa yang ternyata di hadapan saya setelah menyaksikan si anak itu bermain selama setengah jam di hadapan mata saya, anak itu adalah seorang anak lelaki yang aktif dan bukan hyper-active seperti yang dikatakan. Anak itu cuma AKTIF. Suka bergerak dan bermain lasak seperti mana-mana anak lelaki seumur itu. Saya juga melihat anak itu boleh fokus bermain sesuatu mainan. Anak matanya boleh fokus melihat sesuatu.

Lalu saya bertanya mengapa si ibu mengatakan dia seorang hyper-active? Mengikut beliau, anak perempuannya, iaitu anaknya yang kedua, mahu duduk diam dan tidak melompat ke sana ke mari.

Mendengar penjelasannya, saya lalu mengambil tangannya dan berkata, “ Puan, anak lelaki sememangnya lebih aktif daripada anak perempuan. Lagi satu kemungkinan anak ini juga belajar dengan cara melakukan dan bergerak, iaitu seorang yang Kinesthetic ( untuk penerangan lanjut – ada tertulis di dalam buku saya – Membina Anak-anak Cemerlang). Apa yang saya lihat anak ini bukan hyper-active. Sila dapatkan pandangan kedua daripada doktor yang berbeza. Doktor pakar mengenai anak-anak yang hyper-active. Bagi saya anak puan tidak langsung menunjukkan simtom anak yang hyper-active. Dia cuma aktif dan banyak tenaga.”

Habis perlukan saya teruskan ubat itu? Tanyanya. Saya memberitahunya, pilihan itu di tangan puan dan suami. Jika benar anak ini hyper-active setelah disahkan oleh doktor yang pakar di dalam bidang itu, maka cari ubatan yang tidak meninggalkan kesan yang buruk. Jika tidak, janganlah diseksa anak itu dengan ubat yang tidak perlu dia ambil. Ubat yang paling mujarab untuk nya adalah memberi dia ruang bermain lasak dan aktif setiap hari. Jika keterlaluan aktifnya, kurangkan gula di dalam pemakanannya dan elakkan minuman bergas. Bacalah lebih mendalam mengenai kondisi hyper-active ini.

Mengapa saya membawa kisah ini ke tengah. Pertama, kerana perkata atau terminologi hyper-active ini terlalu mudah digunakan tanpa kefahaman yang jelas. Bila melihat anak tidak tahu duduk diam, cepat sahaja dia dikatakan hyper-active. Perkataan itu digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami kesannya kepada anak itu dari segi kesihatannya dan juga dari segi psaikologinya.

Perkataan Hyper-Active ini membawa essence yang negative, seolah-olah satu penyakit dan suatu yang tidak disukai. Bayangkan seorang anak yang aktif itu digelas hyper-active, bagaimana agaknya pandangannya kepada dirinya. Kita bercakap mengenai mahukan anak-anak yang confident. Bayangkan bagaimana confident anak itu diragut oleh gelaran ini yang merundumkan imej dirinya!

Anak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan AKTIF. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus. Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan kita sudah besar. Kita bergerak sikit, sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.

Anak kecil itu, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak. Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokoklah, mandi sungailah dan banyak lagi. Anak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan mereka terperangkap di dalam rumah yang bergril. Ya, kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka.

Dalam masa yang sama, jika mereka itu agak aktif lebih, faham-fahamlah dan berikanlah mereka aktiviti yang membolehkan mereka dapat menggunakan tenaga mereka. Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game. Lama kelamaan kita lihat bila usia menjangkau 10 tahun kita lihat badan mereka pun mula mengembang!

Kembali kepada cerita ibu yang anaknya dikatakan hyper-active tadi, bila perbualan saya dengannya berakhir, suaminya yang dari tadi tidak berkata apa-apa bertanya kepada saya; “ Dr. bagaimana kalau anak bermain di luar dan bajunya kotor, patut tak dimarahi?” Tanyanya sambil memandang isterinya.

Dengan tersenyum saya menjawab, “ jika anak takut bajunya kotor bila bermain di luar, bagaimana dia boleh bermain dengan seronoknya – khaskan baju yang boleh dia pakai untuk bermain di luar. Beri anak-anak kebebasan yang sewajarnya untuk bermain kerana pada usia sebegini, inilah foundation untuk mereka mengekspresikan kemampuan mereka. Jangan takut mak atau ayah marah sebab baju kotor merantai keupayaan mereka. Berikah kebebasan yang sewajarnya” Jawab saya dengan tersenyum.

Like · · Share
106 people like this.
88 shares



Friday, 14 December 2012

At workshop...repairing my break disk

Lol... Hoh...i know that there is something wrong for my break disc..as i've experiende it with my waja.. Now have to dig a hole to pay RM490 for the break disc... Has told my mechanic - last 2 months, that he have to change my break...but i didn't specific for break disc.. Ye la mechanic mesti tahu semua kan..... Huh, katanya kereta x da problem!

Ni baru jer balik dr The Garden, bunyinya bila break so scarrrrrrrrrryyyyyyyyyyyy :{ dah agak dah mesti break disc..doa-doa jer masa bawak keta, tak ler disc tu...sebab dah experience benda yg sama kat keta waja jadi kita tahu lah apa nak buat...tak speeding masa driving...berhati-hati sungguh sambil mengucap panjang....hohoho...oh Ya Allah!

Plan hari ni nak potong rambut, nak colour rambut semuanya tak menjadi....dah tak de F.U.L.U.S lagi ler...nasib baik jugak tadi tak menghabiskan duit kat NiNe West..kalau tak..terpaksala menebalkan muka minta hubby bayar...

Oh Ya Allah ampunkan lah dosa hamba-Mu ini...Murahkanlah rezekiku, mengalir deras tak putus-putus, tak henti-henti...berikanlah kebahagian dan rahmat-Mu wahai Yang Maha Esa ke atas diriku, suamiku, kedua-dua anakandaku, kedua orang tuaku dan adik-beradikku...Amin....

Maahad Tahfiz di Kuala Lumpur yang berdaftar



Bil.





Nama Institusi





Kerajaan / Swasta



Pengarah / Mudir / Pengetua



No. Tel



Email / Website

1.







Dar Al - Quran Wa Al - Hadith
2715, Jalan Permata 22
Taman Permata
53300 Kuala Lumpur









Us. Ismail b. Mina

Tel : 03 - 60642920



2.

Madrasah Bustanul Ulum
D/A Masjid Jamek Sri Petaling
Jalan Radin Anum
Kuala Lumpur



Hj. Saleh b. Sheikh Othman





3.

Institut Al -Quran Kuala Lumpur
4B, Jalan 3/71 B
Pinggir Taman Tun Dr. Ismail
Kuala Lumpur



Dr. Hassan b. Ali




Senarai Maahad Tahfiz di Selangor yang berdaftar



Bil.





Nama Institusi





Kerajaan / Swasta



Pengarah / Mudir / Pengetua



No. Tel



Email / Website

1.

Maahad Tahfiz Al -Quran Wal Qiraat
Lil Banin, Istana Alauddin
Bandar, 42700 Banting
Kuala Langat



Ustaz Towil b. Juraimi

Tel : 03 - 8502924
Fax : 03 - 8502932



2.

Maahad Tahfiz Al -Quran Wal- Qiraat
Lil Banat, Lot 4213, Jalan Klinik
Kampung Bukit Naga
42450 Klang



Hajjah Siti Muriseh bt. Md. Yatim

Tel : 03 - 3210014



3.



Maahad Tahfiz Kiblah
Lot 3690 - 1, Jalan Tok Dagang
Sungai Merab Jaya
43000 Bangi



Ainuddin b. Abdul Wahid

Tel : 03 - 8261317



4.

Maahad Tahfiz Darul Quran
No. 169, Kg. Sg. Buaya
48010 Rawang



Hj. Anuar b. Mahad

Tel : 03 - 6081002



5.





Maahad Tahfiz Al - Munawwarah
Kg. Kamansah Dalam

Hulu Klang
68000 Selangor



Dr. Jamaludin b. Muhamad

Tel : 012 - 2079252



6.

Maahad At - Tarbiah Al - Islamiah (Pondok Moden)
Pekan Pt. Baru
45100 Sg. Air Tawar
Sabak Bernam



Hj. Hassan Sazili b. Hj. Ahmad Shuhod

Tel : 03 - 8836984



7.

Maahad Tahfiz Al - Itqan
No. 20, Jalan Nirwana 12
Taman Nirwana
68000 Ampang



Hashimee b. Hashim

Tel : 03 - 9821445



8.

Institut Tahfiz Saba'
Lot 415, Off Jalan Besar
Kulau Kubu Bharu
Kerling,Mukim Kerling,H.Sel



Hj. Mohd. Isa b. Hj. Sarman

Tel : 03 - 7474000



9.

Akademik Tahfiz Al - Quran Wal Qiraat
No. 5-21, Jalan Salak Tinggi
1C/9, Medan 88
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang



Hj. Mohd. Maarof b. Hj. Nasruni Al-Hafiz

Tel : 03 - 8463748



10.

Sekolah Tahfiz Qiraati Ain Lam Mim
No. 31, Jalan 2 (Belakang Surau )
Taman Kajang Baru
Sungai Jelok
43000 Kajang



Che Sam b. Ismail

Tel : 03 - 8371837



11.

Sekolah Tahfiz ABIM Al- Firdaus
Lot 1872, Batu 7
Jalan Meru
41050 Klang



Mohd. Asimoni b. Hj. Ehsan





12.

Madrasah Tahfiz Al Quran
D/A Surau Seksyen 3
43000 Shah Alam



Hj. Zaid b. Hj. Abdullah

Tel : 03 - 5501784



13.

Maahad An Nur Al - Islami Masjid Baroh,
Kg. Sg. Kanan
45000 Tanjung Karang



Hj. Sulaiman b. Hj. Salleh

Tel : 03 - 8792737



14.

Raudhah Tahfiz Al - Quran,Masjid Al-Ehsan Sg. Serai , Bt. 11
Jalan Hulu Langat
43100 Hulu Langat



Hj. Shaari b. Nasir

Tel : 03 - 9042907



15.

Maahad Tahfiz Al Quran Wa Ummudahi
Teluk Hj. Yusuf Baroh
45300 Sungai Besar



Hj. Jemari b. Ngarif

Tel : 03 - 8842849





16.



Maahad Tahfiz Ummul Qura
Kg. Teluk Mufrad
Sg. Air Tawar
45100 Sabak Bernam





Us. Mohd. Sharif b. Musa



Tel : 03 - 8836493



17.

Maahad Tahfiz Quran Wal Qiraat
Pusat Dakwah Islamiah
B.B. 206
45800 Jeram



Hj. Abd. Rahman b. Hj. Ibrahim

Tel : 03 - 8748912



18.

Sek. Agama Rakyat Tahfiz Al - Quran
Simpang 3, Loji Sg. Limau
45300 Sg. Besar



Hj. Nail b. Jiram

Tel : 03 - 8843280



19.

Martah Lil- Banat

Lot 4213 Jln Klinik,

Kg. Bukit Naga Seksyen 32

40000 Shah Alam





Tel: 03 -51610014



20.

Martah Lil- Banin

Istana Alauddin, Kg. Bandar

42700 Banting,

Kuala Langat





Tel: 03 – 312202924



21.





Maahad Tahfiz Muhammadiah

Bt. 5 1/2 , Panchang Bedena

45400 Sg. Besar



Mohamed Sulong bin Jamaluddin

Tel: 03 - 8842629



22.

Sek.Agama Tahfiz Al-Quran

Surau Simpang Tiga

45300 Sg. Besar



Musa bin Hj. Hassan









23.

Sek. Agama Men. Rakyat

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pusat Dakwah Islamiah

Bt.18 1/2, Jeram,

Beg Berkunci 206,

45800 Jeram



Hj.Mohd Amin bin Hj. Abdul Aziz

Tel: 03 - 8748912



24.

Madrasah Hafiz

No.2 Wisma Hafiz,

Jln Batu Tiga

41300 Klang



Mohd Hanefa bin Hussin

Tel: 03 - 3425872



25.

Maahad Tahfiz Nurul Iman

Surau Nurul Iman,

Persiaran Minang 2,

Taman Minang,

56000 Cheras



Puan Rokaya Bt. Ibrahim

Tel: 03 - 9118758



26.

Institut Tahfiz Malaysia Sudan

Lot 1276 Jln. Rahmat,

Kg. Teras Jernang,

43000 Kajang









27.

Sek. Tahfiz Raudatul Mujawwidin

No.9 Lot 1672 Jln Nazir,

Sg. Ramal Dalam

43000 Kajang



Wan Ahmad bin Hj. Wan Daud

Tel: 03 - 8372122



28.

Sek. Ren. Tahfiz At-Tazkirah

No.1 Jln. Hilir 3,

Taman Sri Angsana Hilir

55100 Kg. Pandan



Hj.M. Shafie bin M. Amin

Tel: 03 - 9815377



29.

Kelas Tahfiz Al-Quran

R.K.T Sg. Merab Kajang

D/A Kg. Sg. Ramal Dalam

Peti Surat 27

43007 Kajang



Mohammad Sahar bin Mat Din





30.

Sek.Ren. Tahfiz Bestari

No.38 Jln.Suasana 4/2,

Bandar Tun Hussein Onn

43200 Cheras



Zainal Abidin bin Mohd Yusof

Tel : 03 -90749475



31.

Maahad Tahfiz Az-Zahrah

Lot 2239, Bt. 18 1/2,

Kg. Perdik Lubuk Kelubi 43100 Hulu Langat





Tel : 03 – 4572960



32.

Kelas Tahfiz ABIM

Surau Fasa 1,

Taman SeriKembangan

43300 Seri Kembangan



Dr. Hj. Jamil Suradi





33.

Institut Latihan Menghafaz Al-Quran UMMI (ILMU),

No. 14 Jln SS 5/1 Kelana Jaya,

47301 Petaling Jaya



Sariffa Anon Khalid

Tel : 03 - 78758284



34.

Madrasah Tahfiz Al-Quran

Kg. Bukit Lanchong, Lot 591(1)

Kg. Bukit Lanchong

40000 Shah Alam



Ismail bin Mat Derus







Tel: 03-5431329



35.

Maahad Tahfiz Sumal

Lot 3257, Jln Sg. Buloh

Bt. 15, Kg. Paya Jaras Hulu, 47000 Sg. Buloh



Shahar bin Ahmad











36.

Maahad Tahfiz Al-Islahi

Surau Al-Islah, Jln Paladium 3,

7/33C, Seksyen 7,

40000 Shah Alam



Hj. Azlan Khalili

Tel : 03 - 5502640



37.

Dar-Al-Quran Wa Al-Hadith,

2705 Jln Permata 22,

Taman Permata,

53300 Kuala Lumpur



Rameli bin Musa

Tel : 03 - 4073277



38.

Kelas Tahfiz ABIM

No. 49A Jln 10/4,

Taman Sri Gombak,

68100 Selangor



Abdul Aziz

Tel : 03 - 6880736



39.

Sek. Tahfiz Darul Maarif

37 & 39,Jln Pusat BCH 1/1

Bandar Country Homes

48000 Rawang



Ku Hasmadi bin Ku Jahaya

Tel : 03 - 4338499



40.

Maahad Al-Ridhuan Let Tahfiz

Zil Quran Wa Ulumuddin

Masjid Al-Ridhuan

Bt. 7 1/2

Jln Hulu Klang, 68000 Selangor



Hj. Ibrahim bin Tahir





41.

Darul Huffaz (Tahfizul Quran)

105 Pinggiran Ukay,

Jln Hulu Klang

54200 Kuala Lumpur



Hj. Mohd Kassim bin Othman









42.

Kelas Tahfiz Al-Quran As-Sajidin

JKR 1033,

Bangunan Lama Masjid As-Sajidin,

Jln Besar Hulu Yam

44300 Batang Kali



Kamaluzaman bin Mohd Jam

Tel : 03 - 8971561



43.

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Munawarah,

Lot 1334 Kampung Mukim Ulu Klang, 68000 Ampang Selangor

Swasta

Hj. Tonnan B. Hj. Bani

013-3321592

Fax : 03-42574278

tonnanbani@ymail.com
44.

Pengetua Maahad Tahfiz Masjid Al-Ridhuan d/a Masjid Al-Ridhuan Bt.7 Jalan Hulu Klang Selangor



Hj. Fauzi B. Salleh (Pengerusi)

Ust. Bisri Ibrahim (Pengetua)

Tel : 012-3885727

03-425167347



45.

Pengetua Pusat Tahfiz Al-Quran Al-Hikmah 6B Jalan 29 68100 Selayang Baru Selangor



Ust. Kamal B. Majid

Tel : 013-3972365

Fax :



46.

Pengetua Darul Quran Al-Wildan No.4 Lot 8144(C) Kg. Sg. Salak Batu 10 ½ Jalan Gombak 53199 Gombak Selangor



Suzeini Bt. Mohammad

Muhd Fadzil B. Kamaruddin

Us. Adam B. Abd. Rashid

Tel : 017-3640095

Tel : 013-3997969

Tel : 019-9970889



47.

Madrasah Qasimul Ulum

Lot 46191 Jalan Nenas

Kg. Temenggong 68100

Pinggiran Batu Caves

Selangor



Ust. Alauddin B. Ishak

Tel : 017-2005453

Fax : 03-61896652

Alwan67@yahoo.com


Madr.qasimululum@gmail.com
48.

Pengetua Pusat Tahfiz Al-Kholdi 22

Jalan UB 12

Taman Ukay Bistari

68000 Ampang

Selangor



Ust. Yunus B. Kamaruddin

Ust. Salleh B. Hj. Abdullah

Tel : 019-3216267



Tel : 019-3180346



49.

Mudir Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Habibiyyah

Lot 26048A Jalan Kuang

Batu 19 ¾ 48050 Jalan Kuang

Selangor



Sheikh Ismail B. Sheikh Ramli

019-3105197

016-6777545



50.

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Nadwah

Lot 1855, Jalan Gajah

24 Kg. Kubu Gajah

47000 Sungai Buloh

Selangor



Hj. Ali B. Jaafar

Tel : 03-80614801

019-3154119















52.

Maahad Tahfiz At-Tijarah

No 24 Jalan Idaman 8/1 Pusat Bukit Idaman, 68100 Selayang,

Batu Caves, Selangor



Hj. Muhd Thoriq B. Mustafa Kamal

03-61374831



53.

Pengetua Maahad Manabi Ul-Hikmah

Lot 2404-2 Lorong 3 Batu 19

Kg. Merbau Sempak Tambahan 47000 Sg. Buloh

Selangor



Us. Umar B. Ismail

019-6411140



54.

Pengetua Maahad Tahfiz Kiblah

Lot 3690-1 Jalan Tok Dagang

Sg. Merab 43000 Bangi

Selangor



Us. Zaharudin B. Husin

019-3310034

03-89261318

sekolahkiblah@yahoo.com


www.sekolahkiblah.com



zaharumi@yahoo.com
55.

Pengetua Maahad Tahfiz Anak Yatim Darul Fuqaha

Lot 3283 Jalan MPI Sg. Merab Luar 43000 Kajang

Selangor



Us. Mohd Khairuddin B. Aman Razali



Mohd Khairulazlan B. Aman Razali



Ustz. Anili Bt. Ramli

019-2665048







013-3621236







019-2677703



56.

Pengetua STAM (School Of Tahfiz Al-Quran)

Lot 145C-2 Jalan Cempaka Of Teratai,

Sg. Ramal Dalam 43000 Kajang, Selangor



AI Numadziyah Bt. Dun



Noraini Bt. Madhudin

013-2204103





03-87343125

019-6647484



57.

Pengetua Raudhah Tahfiz Al-Quran

P.T Lot 9066 No. 17

Batu 12 ½ Kg. Dusun Naning

43100 Hulu Langat

Selangor



Abd Latif B. Mat Ellah

012-9702575



Fax : 03-90216994



58.

Pengetua Maahad Tahfiz Nurul Huda

Batu 13 ¼ Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat

Selangor



Shaibon B. Md Yusof



Us. Fathur Rahman

016-6007156





019-2068254



59.

Pengetua Raudhah Al-Quran Bukit Condong

No.3 Lot 967 Lorong Serai 4/3

Batu 11 Jalan Hulu Langat

43100 Hulu Langat

Selangor



Hj. Abd. Rashid B. Abd Wahab

013-2512810



03-31812697



60.

Pengetua Madrasah Tahfiz Miftahul Ulum

Lot 5649 KM 1 Jalan Kuari

Sg. Long Kampung Sg. Serai

43100 Hulu Langat

Selangor



Abd Razak B. Hj. Nokman Khushairi



Mohd Anwar B. Mohd Hazemi



Mohd Fahmi B. Che Elias

019-7759395





013-6419004





012-6587272

abdrazak.mdr.edu.mtmu



man4klk.mtmu.edu@gmail



mtmu.edu@ edu@gmail.com
61.

Pengetua Maahad Tarbiah Islam Asoffa

Bt. 21 ½ Jalan Pansun

Kem Mestika Soffa

43100 Hulu Langat

Selangor



Us. Sodek



Hj. Salam

017-2762978



012-6221975



62.

Mudir Madrasah Tahfiz Mustafawiyah

Lot No. 1065 (PT25)

Kg. Baru Sg. Tangkas

Jalan Bangi, Bangi 43000

Selangor



Us. Iskandar Nasution



Hj. Zubir B. Ismail

03-87365160





016-9745536



63.

Mudir Maahad Tahfiz Raudhatul Ulum

69A Tingkat 2 Jalan 17,

Alam Jaya

Taman Alam Jaya Batu 9,

43200 Cheras

Selangor



Abd Rasyed

012-3519285



Fax : 03-90804694


Tuesday, 11 December 2012

Beli rumah - guna duit KWSP

Bagaimana mengeluarkan caruman KWSP


KWSP Withdrawal

Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, pasti anda sedang mencongak-congak baki Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP). Untuk makluman anda, setiap caruman yang dibuat oleh anda dan majikan 30% dari jumlah itu akan di bahagikan pada Akaun II.

Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami,isteri, adik-beradik atau pun anak-anak).

Tidak kiralah anda ingin membeli rumah terus dari pemaju atau dari individu anda boleh menggunakan jumlah baki akaun II anda untuk dijadikan “downpayment”. Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP ini untuk pembelian rumah lelong.

Jadi apakah syarat-syaratnya? Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah rumah kediaman jenis bungalow, teres, berkembar, apartment, kondominium, studio apartment, servis apartment, townhouse atau soho anda layak untuk memohon pengelauran wang KWSP.


KWSP-Process

Untuk pengeluaran wang KWSP, anda harus memastikan dahulu baki akaun 2 anda. Matlamat sebenar untuk mengeluarkan wang KWSP adalah untuk membayar baki belian rumah. Sebagai contoh jika pinjaman rumah anda hanya 90% dari harga rumah, baki Akaun II anda mesti mencukupi atau lebih. Jika tidak anda kenalah tambah sendiri. Selain itu KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar bill guaman dan pengurusan pemindahan hak milik.

Mengikut perbincangan saya dengan pegawai KWSP baru-baru ini, selain dari pengeluaran pertama anda juga boleh membuat pengeluaran kedua untuk menyelesaikan baki pinjaman. Para pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membayar baki pinjaman sekali pada setiap tiga tahun.

Selain itu berita baik pada pencarum KWSP. Bermula pada 1 januari 2008, setiap ahli KWSP yang memiliki pinjaman perumahan boleh mengeluarkan wang didalam Akaun II untuk tujuan bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Had pengeluaran minima bulanan yang dibenarkan ialah RM100.

Menarikkan? sila hubungi cawangan KWSP yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Siapakah yang tidak layak untuk mengeluarkan wang KWSP? mereka adalah;

- Membeli tanah atau lot tapak bungalow.
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi” kepada rumah yang sedia ada.
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
- Membeli rumah ketiga.
- Membeli rumah di luar negara.