Klik-klik la ~My Nuffnang

Friday 11 January 2013

Berkhatan / bersunat

La ni sibut mencari sana - sini klinik untuk berkhatan utk si Kwasi. Aduh..berdebuk bila mendengar harga yang diberikan.

Jadi buat parent yang nak tahu senarai harga boleh lah selak2 kat sini. So ada la call tanya kat KPMC Bandar Puteri, Puchong, Klinik Dr Hamid Arshad, Hospital Pusparawi, Klinik MyMedic Puchong.

Tanya la kalau bius setempat (LA) or bius penuh (GA) harga berapa... Bius setempat , anak kita tu akan sedar & nampak apa yang doctor tu buat kat dia...haha, budak dah besar mungkin berani la..harga pun murah jer dalam RM150-RM400 ( harga untuk budak 5 tahun hingga 12 tahun ) lagi besar lagi mahal woooo.. Kalau bius penuh (GA) budak tu tak sedar, kira tido la tu) so tak der la adegen nak bertarung macam ultraman ngan anak kita tu...harganya pulak dalam RM850-RM1500

Pilih ikut kemampuan dan juga kepentingan anak kita..

KPMC Bandar Puteri, Puchong
KHATAN LA RM400
KHATAN GA RM1500
Di buka pada hari Jumaat sahaja perkhidmatan berkhatan ini pada pukul 4:00 - 6:00 petang.
No tel :03-80624073



Klinik Dr Hamid Arshad, Medan Damansara
Klinik ini dimiliki oleh Doctor Perbidanan yang terulung di Malaysia Iaitu, Prof.Dato Dr. Haji Hamid
Arshad . Pembedahan dilakukan oleh anak Dato Dr. Hj. Hamid Arshad.
KHATAN Bayi Lelaki sehingga umur 3 bulan RM250
KHATAN GA umur 5 tahun ke atas harga RM900
KHATAN LA RM700
No.tel: 03-20945800



Hospital Pusparawi:
PAKEJ PROSEDUR HARGA DEPOSIT
KHATAN LA (Bius Setempat )
PAKAR RM 390
RM 100
KHATAN GA ( Bius Tidur )
PAKAR RM 690
RM 100
KHATAN LA + SMART-CLAMP
PAKAR RM 450 RM 100
KHATAN GA + SMART-CLAMP
PAKAR RM 750
RM 100

Nota:
Pakej mulai 10.11.2012 - 31.12.2012

Pakej ditawarkan kepada kanak-kanak dari 7 tahun - 15 tahun sahaja.

Tertakluk Di Bawah Terma & Syarat

Untuk Pendaftaran Dan Sebarang Pertanyaan sila hubungi Kaunter Informasi Lobi Aras 1, talian 03-26875017 @ 03-2687 5000 samb. 5017 / 5018




FAQ : BERKHATAN

PENGERTIAN BERKHATAN

Berkhatan ialah prosedur membuang lebihan kulit di bahagian alat sulit samada lelaki atau wanita. Ia bertujuan 'membersihakan' kawasan tersebut dari kuman dan sebarang jangkitan.

KENAPA PERLU BERKHATAN

Islam menwajibkan khatan bagi lelaki manakala hukumnyya sunat bagi wanita. Di sudut saintifik ia bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman bahkan dapat menghindari penyakit kelamin.

BAGAIMANA BERKHATAN DILAKUKAN

Jika dahulu ia dilakukan secara tradisional oleh Tok Mudim, Kini berkhatan dilakukan oleh doktor-doktor di klinik atau hospital. Teknologi moden lebih mudah, bersih dan cepat.

PERINGKAT UMUR DAN PERBEZAAN PROSEDUR

Berkahatan disunatkan pada umur 7 hari hingga mencecah umur baligh (10 -15 tahun ). Tiada batas umur bagi peringkat dewasa atau bukan Islam. Prosedur berkhatan adalah sama pada kanak-kanak mahu pun dewasa. Apa yang berbeza ialah teknik dan alat berkhatan yang digunakan.


PROSEDUR YANG SELAMAT DAN PENJAGAAN BERKESAn

Sila pastikan anda mendapat info dan nasihat penjagaan selepas berkhatan dari petugas di kaunter klinik selepas proses berkhatan.



Thursday 10 January 2013

Potty Training

MELATIH ANAK MENGUNAKAN TANDAS [SELAMAT TINGGAL LAMPIN]
by Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim on Saturday, April 14, 2012 at 8:39am ·
Bagaimana dan bila masanya untuk melatih anak menggunakan tandas
Oleh Dr Yong Junina Fadzil, Pakar Perunding Pediatrik

Tidak perlu dipersoalkan lagi bahawa bayi sememangnya comel, daripada pipi mereka yang montel hingga ke jari-jarinya yang kecil. Apabila anda melihat tumbesaran yang pantas pada bayi anda yang berumur tiga bulan, anda mungkin teringin agar ianya kekal lebih lama sedikit sebagai bayi-tetapi hanya jika anda tidak perlu menukar lampinnya buat masa yang lebih lama lagi! Ini adalah satu-satunya perkara yang ibu bapa sebulat suara ingin mengatasi dengan lebih awal lagi, supaya bebas daripada kotoran najis bayi dan kebosanan kerana kerap menukar lampin. Ini tidak termasuk kos lampin pakai buang yang semakin meningkat.
Bila masanya untuk mula melatih anak anda menggunakan tandas


Tidak ada umur yang tertentu untuk melatih anak menggunakan tandas. Sesetengah budaya memulakannya pada peringkat umur yang sangat awal, terdapat juga yang bermula seawal-awal beberapa minggu selepas lahir. Untuk kebanyakan orang, terutamanya di Barat, melatih anak menggunakan tandas biasanya bermula apabila anak itu menunjukkan tanda-tanda bahawa dia sudah bersedia. Ini mungkin pada bila-bila masa di antara 18 bulan dan tiga tahun.

Bagaimana saya tahu bahawa anak saya sudah bersedia untuk dilatih tandas?

Anda boleh mula melatih anak anda menggunakan tandas sebaik sahaja dia mampu duduk di atas bekas. Ini boleh dilakukan pada waktu mandi. Jika dia sudah bersedia, dia akan ingin duduk di atas tandas sehinggalah dia dapat mengeluarkan air kencing; sebaliknya, dia mungkin juga akan duduk beberapa saat sahaja, ataupun tidak ingin duduk langsung. Sekiranya dia tidak menunjukkan minat untuk duduk diatas tandas, usahlah memaksa; sebaliknya cuba sekali lagi pada hari lain.

Tanda-tanda sudah bersedia termasuk:
Kebolehan untuk memberitahu bahawa dia telah mengotorkan lampinnya. Secara umum, kanakkanak belajar untuk membuang air besar di dalam tandas sebelum membuang air kecil. Lagi memudahkan ialah jika mereka adalah jenis yang tidak tahan dengan bau busuk dan najis di dalam lampin mereka.

Perubahan raut muka, terutamanya sebelum buang air besar. Ini membolehkan anda melatih dia duduk di tandas dengan lebih awal lagi.

Kebolehan untuk mengekalkan lampin kering selama beberapa jam. Ini menunjukkan pundi kencing dapat dikawal dengan lebih baik dan membolehkan anda mengaturkan masa untuk membawanya ke tandas.

Kebolehan untuk memberitahu keinginannya secara bercakap atau menunjuk dengan jari.
Peralatan untuk melatih anak menggunakan tandas Jika dibandingkan dengan perkakas yang anda perlukan untuk menukar lampin, barang keperluan untuk melatih anak anda menggunakan tandas adalah ringkas:
Tandas mudahalih plastik yang ringan dan boleh dibasuh. Pastikan tiada bahan tajam, contohnya bekas mengacu di tepi bingkai yang boleh mencederakan bayi.
Kertas tandas dan tuala kertas
Alas tilam yang boleh menyerap
Air
Kesabaran

Bahagian 1:

Ini Adalah Tandas

Sebelum mengajar anak anda bagaimana dan bila masanya untuk menggunakan tandas, terlebih dahulu anda perlu memperkenalkannya kepada anak anda. Biasakan anak anda dengan tandas dengan meletakkannya di bilik air dan membenarkannya duduk diatas tandas itu beberapa kali sehari. Biarkan dia duduk di atasnya dengan memakai lampin dan seluar supaya dia berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Bahagian 2:

Apakah Fungsi Tandas


Beritahu anak anda kegunaan tandas dan berikan dia galakan untuk menggunakannya. Perhatikan tandatanda yang menunjukkan bahawa dia ingin buang air, kerana kemungkinan dia tidak sedar lagi bahawa sepatutnya menggunakan tandas. Lebihkan perhatian terutamanya selepas makan, minum dan tidur. Setiap kali dia menggunakan tandas, bantulah dia untuk duduk dengan betul supaya zakar atau kemaluannya masuk ke dalam dan tidak tersasar.

Bahagian 3:

Tidak Mengapa Jika Membuat Kesilapan

Janganlah marah atau berleter jika dia terkencing atau terbuang air besar merata-rata. Dia tidak lakukan kerana ingkar, dia hanya tidak faham dengan konsep baru itu. Bersihkan secepat mungkin, dan nasihatinya dengan lembut supaya menggunakan tandas pada masa yang akan datang. Bersabar dan ulanginya sebanyak yang mungkin sehingga dia ingat. Jika anda tidak ingin dia mengotori seluarnya pada peringkat ini, tetapi tidak juga mahu dia bergantung pada lampin, maka belilah seluar pakai buang yang boleh menyerap (seperti lampin pakai buang yang mempunyai cerut di bahagian pinggang) atau biar sahaja dia tidak pakai apaapa. Pilihan pertama lebih sesuai sekiranya anda menjemput tetamu kerumah!

Bahagian 4:

‘Sekarang’ Tidak Bermaksud ‘Sekarang Juga’

Jika dia duduk di atas tandas dengan senang hati, tetapi lantas bangun tanpa membuat apa-apa, galakkan dia untuk duduk dengan lebih lama lagi. Lima minit sepatutnya mencukupi bagi anda mengagak sama ada dia melengahlengah atau sememangnya dia tidak terasa hendak buang air. Sekiranya dia hendak bangun dan bermain, berikan dia alat mainan atau berbual-bual dengannya supaya dia tidak berasa bosan. Jika selepas beberapa minit tiada apa-apa berlaku, biarkan dia bangun dari situ dan pastikan dalam masa setengah jam kemudian sama ada dia perlu menggunakan tandas atau tidak.
Bahagian 5:

Apabila Dia Melakukannya Dengan Betul

Anda pasti gembira apabila anak anda berjaya menggunakan tandas dengan betul. Tunjukkan kegembiraan anda kepada anak anda dengan kata-kata pujian dan ciuman. Biarkan dia menyambung apa yang dia sedang bermain sebelum menggunakan tandas selepas anda menyucinya. Kegembiraan anda akan mendorongnya untuk terus menggunakan tandas dengan betul.

Jika ia Tidak Menjadi

Anda mungkin dapati anak anda tidak sempat duduk tandas, atau lupa sama sekali kegunaannya. Dalam kes seperti ini, lebih baik anda pakaikan semula lampin untuk seminggu dua sebelum mencubanya sekali lagi.
Kekal kering Pada Waktu Malam

Apabila anak anda berjaya menggunakan tandas pada siang hari, dan tidak membasahi lampinnya pada waktu malam selama tujuh malam berturut-turut, anda boleh cuba menanggalkan lampin pada malam hari. Sesetengah orang menganjurkan anak mereka untuk tidur dengan tidak memakai apa-apa di bahagian bawah pada tahap ini, supaya dia akan sedar jika dia perlu ke tandas untuk membuang air kecil. Jika anda kurang selesa dengan cara ini tetapi inginkan anak tidur tanpa lampin, anda boleh memberinya seluar pakai buang. Ia merupakan kombinasi di antara seluar dalam dan lampin. Ini akan memberi mereka perasaan bagaikan memakai seluar dalam seperti orang dewasa, dan keselamatan seperti lampin.

Akhir sekali, elakkan daripada membanding anak anda dengan anak-anak yang lain, terutamanya di hadapan mereka. Kanak-kanak berkembang pada tahap yang berbezabeza; berkat kesabaran dan galakkan, anak anda juga akan berjaya menikmati hidup tanpa lampin.

Like · · Share
45 people like this.
30 shares

Anak Kita Hyperaktif atau Cuma Aktif

Ni saya nak share sikit info yang berguna untuk parents di luar sana....
Credit to "fb Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim"


Anak Kita Hyperaktif Atau Cuma Aktif
by Persatuan Ibu-Ibu Muda Muslim on Monday, September 10, 2012 at 6:54pm ·

by Prof. Dr. Rozieta Shaary
Hari ini saya ingin menulis sebuah pengalaman mengenai anak yang HYPER-ACTIVE.

Beberapa tahun yang lalu saya telah menerima panggilan telefon daripada seorang ibu. Dia mengatakan bahawa dia mendapat nombor saya daripada halaman saya di dalam Mingguan Wanita. Dia mula bercerita akan resah hatinya.

Katanya, dia ada mempunyai seorang anak yang berusia 7 tahun di dalam darjah satu dan mengikutnya anak ini tersangat aktif, malah mengikutnya anak ini hyper-aktif. Guru kelaspun mengatakan anaknya hyper-aktif. Oleh kerana risau akan anaknya itu dia telah membawa anaknya berjumpa doktor. Doktor pun mengatakan anaknya hyper-active dan memberi ubat untuk mengurangkan keaktifan anaknya itu.

Saya tertanya pula di dalam hati saya mengapa dia menghubungi saya jika dia telah berjumpa doktor dan disahkan oleh doktor sebagai hyper-active. Kata beliau, mengikut doktor, jika ubat itu diambil berterusan akan memberi kesan buruk kepada anaknya.

Lama juga saya bercakap di dalam telefon itu dengannya. Ceritanya berulang-ulang. Yalah, dia serba salah, hendak dibiar, anak itu terlalu aktif. Hendak diberi makan ubat, kata doktor ada kesan buruk pada jangka panjang. Kesian mendengarkan resah hatinya itu, saya menawarkan diri untuk berjumpa anaknya. Tapi dengan syarat anaknya itu tidak diberi ubat itu untuk satu hari sebelum dibawa berjumpa saya. Saya ingin lihat sejauh mana hyper-activenya anak itu.
Hendak dipendekkan cerita, hari saya berjumpa anak itu, saya suruh ibunya membiar anaknya bermain di sekitar tempat kami berbual. Suami beliaupun ada bersama. Si ibu dengan penuh prihatin menceritakan perihal anaknya. Sambil mendengar luahan hati si ibu, saya mengikuti pergerakan si anak lelaki 7 tahun itu dengan ekor mata saya.

Setelah lebih kurang setengah jam bersembang, saya bertanya si ibu adakah dia memberi anaknya makan ubat dalam masa 24 jam sebelum berjumpa saya. Si ibu berkata tidak. Mengapa saya bertanya begitu. Kerana apa yang ternyata di hadapan saya setelah menyaksikan si anak itu bermain selama setengah jam di hadapan mata saya, anak itu adalah seorang anak lelaki yang aktif dan bukan hyper-active seperti yang dikatakan. Anak itu cuma AKTIF. Suka bergerak dan bermain lasak seperti mana-mana anak lelaki seumur itu. Saya juga melihat anak itu boleh fokus bermain sesuatu mainan. Anak matanya boleh fokus melihat sesuatu.

Lalu saya bertanya mengapa si ibu mengatakan dia seorang hyper-active? Mengikut beliau, anak perempuannya, iaitu anaknya yang kedua, mahu duduk diam dan tidak melompat ke sana ke mari.

Mendengar penjelasannya, saya lalu mengambil tangannya dan berkata, “ Puan, anak lelaki sememangnya lebih aktif daripada anak perempuan. Lagi satu kemungkinan anak ini juga belajar dengan cara melakukan dan bergerak, iaitu seorang yang Kinesthetic ( untuk penerangan lanjut – ada tertulis di dalam buku saya – Membina Anak-anak Cemerlang). Apa yang saya lihat anak ini bukan hyper-active. Sila dapatkan pandangan kedua daripada doktor yang berbeza. Doktor pakar mengenai anak-anak yang hyper-active. Bagi saya anak puan tidak langsung menunjukkan simtom anak yang hyper-active. Dia cuma aktif dan banyak tenaga.”

Habis perlukan saya teruskan ubat itu? Tanyanya. Saya memberitahunya, pilihan itu di tangan puan dan suami. Jika benar anak ini hyper-active setelah disahkan oleh doktor yang pakar di dalam bidang itu, maka cari ubatan yang tidak meninggalkan kesan yang buruk. Jika tidak, janganlah diseksa anak itu dengan ubat yang tidak perlu dia ambil. Ubat yang paling mujarab untuk nya adalah memberi dia ruang bermain lasak dan aktif setiap hari. Jika keterlaluan aktifnya, kurangkan gula di dalam pemakanannya dan elakkan minuman bergas. Bacalah lebih mendalam mengenai kondisi hyper-active ini.

Mengapa saya membawa kisah ini ke tengah. Pertama, kerana perkata atau terminologi hyper-active ini terlalu mudah digunakan tanpa kefahaman yang jelas. Bila melihat anak tidak tahu duduk diam, cepat sahaja dia dikatakan hyper-active. Perkataan itu digunakan dengan sewenang-wenangnya tanpa memahami kesannya kepada anak itu dari segi kesihatannya dan juga dari segi psaikologinya.

Perkataan Hyper-Active ini membawa essence yang negative, seolah-olah satu penyakit dan suatu yang tidak disukai. Bayangkan seorang anak yang aktif itu digelas hyper-active, bagaimana agaknya pandangannya kepada dirinya. Kita bercakap mengenai mahukan anak-anak yang confident. Bayangkan bagaimana confident anak itu diragut oleh gelaran ini yang merundumkan imej dirinya!

Anak yang suka bergerak dan bermain, melompat ke sana ke mari adalah anak yang sihat dan AKTIF. Keaktifannya menunjukkan dia bijak dan otaknya berfungsi dengan baik dan koordinasi badannya bagus. Lagipun kita mesti ingat, badannya kecil, jadi dia tidak cepat letih bebanding kita orang dewasa yang badan kita sudah besar. Kita bergerak sikit, sudah letih, sebab kita perlu membawa badan yang lebih besar maka tenaga yang diambil juga lebih banyak.

Anak kecil itu, badannya ringan dan bila dia bergerak, dia tidak banyak memerlukan tenaga, oleh itu untuk memastikan tenaganya digunakan dengan baik, maka dia perlu bergerak. Bukankah kita dahulu pun begitu semasa kecil. Kita memanjat pokoklah, mandi sungailah dan banyak lagi. Anak-anak sekarang ini terutamanya yang di bandar, kebanyakan mereka terperangkap di dalam rumah yang bergril. Ya, kita perlu melakukan sedemikian demi keselamatan mereka.

Dalam masa yang sama, jika mereka itu agak aktif lebih, faham-fahamlah dan berikanlah mereka aktiviti yang membolehkan mereka dapat menggunakan tenaga mereka. Jika selalu sangat disuruh duduk diam, lama-lama mereka menjadi malas dan apa yang mereka suka lakukan ialah makan dan main video game. Lama kelamaan kita lihat bila usia menjangkau 10 tahun kita lihat badan mereka pun mula mengembang!

Kembali kepada cerita ibu yang anaknya dikatakan hyper-active tadi, bila perbualan saya dengannya berakhir, suaminya yang dari tadi tidak berkata apa-apa bertanya kepada saya; “ Dr. bagaimana kalau anak bermain di luar dan bajunya kotor, patut tak dimarahi?” Tanyanya sambil memandang isterinya.

Dengan tersenyum saya menjawab, “ jika anak takut bajunya kotor bila bermain di luar, bagaimana dia boleh bermain dengan seronoknya – khaskan baju yang boleh dia pakai untuk bermain di luar. Beri anak-anak kebebasan yang sewajarnya untuk bermain kerana pada usia sebegini, inilah foundation untuk mereka mengekspresikan kemampuan mereka. Jangan takut mak atau ayah marah sebab baju kotor merantai keupayaan mereka. Berikah kebebasan yang sewajarnya” Jawab saya dengan tersenyum.

Like · · Share
106 people like this.
88 shares